Penambahan syarikat kurier beri saingan sihat: Ahmad Zahid

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
A
A
A

SHAH ALAM - Penambahan lebih banyak syarikat kurier akan memberi peluang persaingan yang sihat kepada industri tersebut dan mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun permohonan lesen baharu dibekukan kerajaan selama dua tahun bermula 14 September 2020 sehingga 15 September 2022 atas desakan persatuan syarikat kurier sedia ada.

“Jadi, saya berharap pihak kerajaan jangan hanya mendengar permintaan pihak syarikat kurier untuk membekukan lesen sehingga menjejaskan mutu perkhidmatan yang ditawarkan.

“Kita kena ingat. Pada waktu pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, perkhidmatan kurier amat diperlukan rakyat. Macam-macam perlu dihantar selepas berulang kali mereka diberi peringatan jangan bergerak dari rumah sekiranya tiada urusan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.

Dalam kenyataan sama, beliau berkata, penilaian tahunan berasaskan Indeks Pelanggan Perkhidmatan Industri Kurier dua tahun lalu meningkat kepada 70 peratus pada 2019 berbanding 66 peratus pada tahun sebelumnya dan penilaian itu dibuat sebelum pandemik Covid-19 melanda.

Ahmad Zahid turut mengingatkan majikan syarikat kurier supaya mengutamakan kebajikan pekerja manakala pekerja juga perlu menggalas amanah kerja dengan baik.

Tambah beliau, operasi sesebuah organisasi akan berjalan dengan lancar apabila dua komponen tersebut saling melengkapi.

Artikel Berkaitan: