X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Azmin beri bayangan kekal di Parlimen Gombak

Mohamed Azmin
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi bayangan akan terus mempertahankan kerusi yang disandangnya itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, sebagai ahli Parlimen sudah menjadi tanggungjawab bukan sahaja untuk memimpin Gombak tetapi mewakili masyarakat berbilang kaum di Parlimen berkenaan.

"Saya mengulangi tekad untuk terus memimpin Gombak dan mewakili setiap lapisan masyarakat, tak kira kaum dan agama kerana inilah tanggungjawab saya sebagai ahli Parlimen dan warganegara Malaysia yang dambakan kemakmuran bersama buat semua anak Malaysia," ciapnya di laman Twitternya pada Ahad.

Mohamed Azmin antara seorang pemimpin utama dalam pengaturan semula politik negara sebelum ini dan menyertai Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai salah seorang Menteri Kanan.

Untuk rekod, Ahli Parlimen Gombak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa sejak 2008 itu merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada di dalam gabungan PH di peringkat Persekutuan ketika parti itu menerajui pemerintahan negara selama 22 bulan.

Selepas PH tumbang, Mohamed Azmin mengetuai sekumpulan 11 ahli Parlimen PKR menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diterajui Muhyiddin yang juga Perdana Menteri baharu selepas kejatuhan PH.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!