Bapa harap Muhammad Adib kembali bertugas

Saya harap dia kembali sihat dan bertugas seperti sedia kala, demikian luahan bapa Muhammad Adib ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN).
Saya harap dia kembali sihat dan bertugas seperti sedia kala, demikian luahan bapa Muhammad Adib ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN).
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Saya harap dia kembali sihat dan bertugas seperti sedia kala," demikian luahan bapa Muhammad Adib ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam nada yang perlahan dan sebak, Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, berkata, dia tidak mahu ambil pusing tentang laporan-laporan yang tular berhubung kejadian itu.

Menurutnya, apa yang dia mahu adalah anaknya kembali sihat seperti dahulu.

"Saya tak tahu nak kata apa. Tak boleh nak cakap. Saya tak nak ambil pusing sangat, yang penting anak sihat, nampak depan mata. Itu cukup baik dah," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Kassim turut memberitahu dia hanya mengetahui kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, hari kejadian selepas menerima panggilan daripada pihak bomba yang memaklumkan kejadian menimpa anaknya.

Katanya, dia terus terjaga dari lena sebelum bergegas bertolak bersama isteri dan menantunya dari Kampung Tebengau, Kuala Kedah ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) dan sampai kira-kira jam 9 pagi.

"Alhamdulillah. Keadaan anak sekarang nampak perubahan. Nampak semakin baik," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Kassim turut menyambut baik Tabung Bantuan #Pray4AdibKassim yang dilancarkan Kumpulan Media Karangkraf.

Artikel Berkaitan:

"Terima kasih kepada pihak Karangkraf atas bantuan ini," katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Sinar Karangkraf SDN BHD 5642 7652 9068.

Dalam kejadian awal pagi semalam, Muhammad Adib dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Menteri kecam tindakan perusuhan]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Muhammad Adib ditarik dari jentera ketika pasukan berundur]

[ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: PDRM tubuh pasukan khas]

Dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) termasuk van Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dinaiki Muhammad Adib diserang dengan balingan batu dan objek lain menyebabkan berlaku kerosakan pada cermin serta badan kenderaan itu.

Dalam situasi panik untuk berundur, mangsa telah ditarik keluar dari tempat duduk penumpang van EMRS oleh perusuh dan dipercayai dipukul sehingga tidak sedarkan diri.

Beliau kemudian dikejarkan ke SJMC sebelum dipindahkan ke IJN pada jam 11.30 malam tadi dan dilaporkan mengalami patah tulang rusuk dengan kesan lebam di bahagian dada.

adib
adib