Covid-19: Kesemua daerah di Selangor masih zon merah

Info grafik berhubung kes Covid-19 di Selangor yang dimuat naik STFC di Facebooknya.
Info grafik berhubung kes Covid-19 di Selangor yang dimuat naik STFC di Facebooknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Kesemua daerah di Selangor masih ditakrif sebagai zon merah Covid-19 dengan Petaling mencatat kumulatif kes tertinggi iaitu 7,934 kes sejak 21 Januari lalu.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi info grafik dimuat naik di Facebooknya memaklumkan 30 daripada 56 mukim di Selangor juga kini direkod di dalam zon merah.

“Mukim Damansara mencatat kes kumulatif tertinggi iaitu 3,217 kes diikuti mukim Petaling (2,818 kes) dan Klang (1,930 kes).

“Turut mencatat kes tertinggi mukim Kajang (1,672) dan Sungai Buloh (1,276) sejak 14 hari lalu,” menurut kenyataan itu.

Menurut infografik berkenaan hanya tujuh mukim iaitu Hulu Tinggi (Kuala Selangor); Hulu Semenyih (Hulu Langat); Buluh Telor, Pertak, Sg Gumut, Sungai Tenggi dan Kuala Kalumpang (Hulu Selangor) diletakkan di bawah zon hijau.

“Mukim Sabak (Sabak Bernam); Kuala Selangor (Kuala Selangor); Jugra, Morib (Kuala Langat) dan Batang Kali (Hulu Selangor) kini diletakkan di bawah zon jingga berikutan merekod antara 21 hingga 40 kes sejak 14 hari lalu.

“Sebanyak 14 mukim lagi ditakrif sebagai zon kuning termasuk Bagan Nakhoda Omar, Pasir Panjang (Sabak Bernam); Pasangan, Hujung Permatang (Kuala Selangor); Batu, Bandar dan Kelanang (Kuala Langat); Ampang Pecah, Kalumpang, Hulu Bernam, Hulu Yam, Kerling, dan Rasa (Hulu Selangor),” katanya.

Artikel Berkaitan: