Raja Thai halang kakak bertanding jawatan PM

Puteri Ubolratana Mahidol
Puteri Ubolratana Mahidol
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Pencalonan Puteri Ubolratana Mahidol sebagai perdana menteri dalam Pilihan Raya Umum Thailand pada 24 Mac depan telah disekat oleh adiknya, Raja Maha Vajiralongkorn.

Keputusan mengejut Puteri Ubolratana, 67, untuk bertanding di bawah Parti Thai Raksa Chart tidak kesampaian selepas beliau dilarang terlibat dalam pemilihan tersebut.

Semalam, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya atas sokongan dan galakan mereka.

Selepas Puteri Ubolratana membuat pengumuman itu, Raja Maha Vajiralongkorn telah menolak keputusan itu yang disifatkan sebagai 'tidak sesuai' dan bertentangan semangat Perlembagaan untuk keluarga diraja terlibat dalam dunia politik. - Daily Mail

Artikel Berkaitan: