30 Hari Menjelang SPM di Astro Go dan on demand

Barisan guru-guru yang menjadi tenaga pengajar program 'Pelan A SPM'.
Barisan guru-guru yang menjadi tenaga pengajar program 'Pelan A SPM'.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mulai 23 Januari lalu, calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal disajikan dengan sorotan program istimewa, ‘30 Hari Menjelang SPM’ di platform Astro Tutor TV.

Untuk 30 hari berturut-turut, dari jam 5 hingga 7 petang di saluran Tutor TV 603, calon SPM boleh mengulang kaji pelajaran melalui ‘Pelan A+ SPM’, ‘Misi Studi’, ‘Top Tutor’ dan ‘Top Tips’.

Kesemua program ini meliputi mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains, serta mata pelajaran elektif termasuk Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas dan Geografi.

Naib Presiden Strategi Kandungan, Perniagaan Antarabangsa dan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, tekanan dan kerumitan persediaan SPM kini dimudahkan dengan siaran ‘30 Hari Menjelang SPM’.

Naib Presiden Strategi Kandungan, Perniagaan Antarabangsa dan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin.
Naib Presiden Strategi Kandungan, Perniagaan Antarabangsa dan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin.

“Ini merupakan salah satu inisiatif kami bagi memastikan kelangsungan prestasi dan momentum akademik calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan mulai 22 Februari ini terus kekal positif walaupun di sebalik dugaan pandemik yang berlaku.

“Bagi pelajar menengah rendah pula, kami sediakan program edutainment ‘SMK: Study Squad’ mulai 27 Januari, setiap Rabu, jam 3 petang di saluran Tutor TV 602 dan Astro Ceria (611 HD, 631 SD),” katanya dalam satu kenyataan media.

Melalui saluran ini, pelajar boleh mengulang kaji mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Geografi untuk sukatan pelajaran Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 bersama selebriti, Wany Hasrita, Atu Zero dan barisan pelakon siri komedi SMK.

Artikel Berkaitan:

Pihaknya berharap agar inisiatif ini dapat membantu ramai murid dan guru-guru dalam sesi pembelajaran dan pengajaran, terutamanya buat mereka yang tidak memiliki akses kepada kemudahan digital.

“Dengan menawarkan variasi program pendidikan ini di platform televisyen, kami berharap capaian tontonan akan menjadi lebih luas dan dapat dimanfaatkan terutamanya di kalangan mereka yang berada di kawasan luar bandar.

“Pengisian yang merangkumi tip peperiksaan dan kaedah mengulang kaji pelajaran yang lebih ringkas, interaktif, mudah dan menghiburkan, Tutor TV mampu membantu para pelajar khususnya calon SPM,” katanya.

Program SMK Study Squad untuk pelajar ulangkaji pelajaran.
Program SMK Study Squad untuk pelajar ulangkaji pelajaran.

Sementara itu, kandungan program TV Pendidikan untuk sekolah rendah dan menengah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia di Tutor TV tetap disiarkan seperti biasa, dengan lebih 170 episod baharu.

Program TV Pendidikan meliputi semua mata pelajaran teras dan beberapa mata pelajaran elektif seperti Perniagaan, Ekonomi dan banyak lagi.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, kesemua program pendidikan Astro juga boleh distrim melalui Program pendidikan Astro Tutor TV di aplikasi Astro GO dan on demand aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand, Astro PVR Box atau Ultra Box. Ketahui lebih lanjut di https://astro.com.my/HowTo.