X

Kindly register in order to view this article
!

Penggodam Anonymous Malaysia dakwa mulakan serangan siber

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan penggodam Anonymous Malaysia mendakwa mula melakukan serangan siber ke atas beberapa laman sesawang agensi kerajaan selepas seminggu mengeluarkan amaran mengenai tahap keselamatan siber negara ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook, serangan tersebut dilakukan Cyberpunk Team pada tengah malam Ahad dengan operasi dinamakan sebagai OpsWakeUp21.

“Cyberpunk Team telah mulakan pesta (serangan) #OpsWakeUp21.

“Dicop oleh mereka, mari mulakan pesta sekarang!” kata kumpulan itu dalam hantaran di Facebook pada Ahad.

Dalam hantaran sama, kumpulan tersebut memaparkan senarai laman sesawang yang diserang iaitu sabah.gov.my (portal kerajaan negeri Sabah) sebanyak tiga kali dan perak.my (portal milik kerajaan negeri Perak) sebanyak dua kali.

Turut diserang ialah customs.gov.my (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) dan cidb.gov.my (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) serta mps.gov.my (Majlis Perbandaran Selayang).

Terdahulu, kumpulan penggodam terkenal, Anonymous kembali muncul dengan sebuah mesej amaran yang ditujukan kepada kerajaan Malaysia.

Menerusi satu video berdurasi 2.29 saat di Facebook Anonymous Malaysia pada Isnin lalu, mereka mendakwa tahap keselamatan siber negara berada di tahap yang rendah dan berisiko kepada berlakunya kes kebocoran data.

ARTIKEL BERKAITAN: Penggodam Anonymous beri amaran kepada kerajaan Malaysia

Ancaman laman web digodam, semua agensi kerajaan diberi notis amaran

Polis terima satu laporan babitkan Anonymous Malaysia


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!