5,750 kampit beras setiap minggu untuk B40 KL, Putrajaya, Labuan

Muhyiddin pada Pelancaran Program Kemiskinan Bandar (5My) Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021, malam ini.
Muhyiddin pada Pelancaran Program Kemiskinan Bandar (5My) Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021, malam ini.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerajaan akan menyumbangkan sebanyak 5,750 kampit beras percuma setiap minggu kepada keluarga golongan B40 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula Ahad.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sumbangan itu akan diberikan melalui Program MyBeras@Wilayah.

"Pada hari ini saya juga ingin berkongsi satu berita gembira kepada penduduk di Wilayah Persekutuan.

"Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan melalui Program MyBeras@Wilayah akan mula menyumbangkan 5,750 kampit beras secara percuma setiap minggu kepada penduduk daripada kumpulan keluarga B40 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula pada hari ini.

Beliau berkata demikian pada Pelancaran Program Kemiskinan Bandar (5My) Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 yang disiar secara langsung di stesen televisyen tempatan pada Ahad.

Menurutnya, pihak yang terlibat dengan pengagihan sumbangan itu diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan: