Kedudukan CPI memalukan negara, kata Nie Ching

Nie Ching
Nie Ching
A
A
A

SHAH ALAM - Kedudukan Malaysia turun enam anak tangga iaitu tempat ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020 adalah perkara yang memalukan, kata Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching.

Menurut Nie Ching, kedudukan Malaysia menurun berikutan pembaharuan institusi terhenti dan terdapat beberapa kes berprofil tinggi yang dilepaskan tanpa membebaskan mereka yang didakwa.

"Sebab lain termasuk akses terhad kepada maklumat mengenai perkara kepentingan awam, skandal daging tidak halal, kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh penjawat awam yang berterusan.

"Selain itu ialah perkembangan atau kemas kini kes berprofil tinggi yang terhad. Perkara yang amat memalukan. Ini akan menghantar mesej yang salah kepada masyarakat antarabangsa.

"Selepas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kerajaan terkini tidak komited untuk membanteras rasuah," katanya pada Jumaat.

Pada tahun 2019, Malaysia berada di kedudukan 51 dengan skor 53 iaitu skor terbaik negara sejak tujuh tahun lalu. Negara dinilai daripada sifar hingga 100 di mana sifar dianggap paling korup dan 100 untuk negara yang dianggap paling bersih dan telus.

Transparency International yang mengeluarkan laporan itu berkata, penurunan skor terbabit dapat dikaitkan dengan perubahan mendadak dalam kerajaan susulan 'Langkah Sheraton' pada awal tahun 2020.

Artikel Berkaitan: