Dana RM100 juta hanya untuk pesakit rujukan hospital kerajaan

Dr Kuljit Singh
Dr Kuljit Singh
A
A
A

SHAH ALAM - Dana sebanyak RM100 juta yang diperuntukkan daripada Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bagi hospital swasta adalah untuk pesakit yang dirujuk oleh hospital awam sahaja.

Menurut laporan portal Malaysiakini, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Dr Kuljit Singh berkata, dana tersebut akan digunakan kepada pesakit hospital kerajaan yang mendapat rawatan di hospital swasta.

Tambahnya, perkara tersebut ialah prerogatif doktor di hospital kerajaan dan pesakit tidak boleh membuat permintaan itu.

"Jika mereka (doktor hospital kerajaan) merasakan ada pesakit yang perlukan rawatan, ubat atau pembedahan segera, terpulang kepada mereka untuk hantar pesakit ke hospital swasta bagi rawatan.

"Tapi ia berdasarkan kes. Ia adalah atas penilaian dan keputusan mereka," katanya pada Sabtu.

Dalam masa sama, Kuljit berkata, doktor di hospital kerajaan perlu membuat kata sepakat bersama hospital swasta berkaitan keperluan pesakit dan caj rawatan sebelum pemindahan dibuat.

Artikel Berkaitan: