Budak dibunuh kejam, organ dalaman hilang

Tempat kejadian mayat kanak-kanak berusia 11 tahun yang ditemui dalam keadaan tangan diiikat dan tanpa seluar serta beberapa organ dalaman telah tiada yang ditemui kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Tanjung Medang Kemahang di sini dipercayai mati dibunuh.
Tempat kejadian mayat kanak-kanak berusia 11 tahun yang ditemui dalam keadaan tangan diiikat dan tanpa seluar serta beberapa organ dalaman telah tiada yang ditemui kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Tanjung Medang Kemahang di sini dipercayai mati dibunuh.
A
A
A

PEKAN - [DIKEMASKINI] Mayat seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun yang dilaporkan hilang sejak 30 Januari lalu, ditemui kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Tanjung Medang Kemahang di sini dipercayai mati dibunuh.

Mayat Siti Masitah Ibrahim ditemukan kira-kira pukul 4 petang semalam oleh penduduk kampung yang memburu ayam hutan di kawasan itu sebelum melaporkannya kepada polis.

Difahamkan, mayat mangsa yang berketurunan Kemboja ditemukan dalam keadaan tangan diiikat dan tanpa seluar serta beberapa organ dalaman telah tiada dan kepala terpisah namun polis masih menjalankan siasatan serta mengklafikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat dikeluarkan.

Ibu mangsa, Solihah Abdullah, 35, berkata, ketika hari sebelum Siti Masitah hilang, anak ketiga dari empat adik beradik tersebut meminta izin untuk keluar rumah dan meminta duit seringgit daripadanya.

Menurutnya, dia pada mulanya tidak mengesyaki anaknya akan hilang namun mula menjadi risau apabila Siti Masitah tidak pulang selepas waktu Maghrib.

Ibu mangsa, Solihah syukur mayat anaknya ditemui.(Gambar kecil:Siti Masitah)
Ibu mangsa, Solihah syukur mayat anaknya ditemui.(Gambar kecil:Siti Masitah)

"Dia keluar rumah dalam pukul 5 untuk ke kedai...saya pada mulanya tidak perasan kerana tengah khusyuk menjahit baju namun bila jam 6.30 saya mula risau dan menyuruh anak sulung saya mencarinya.

"Selepas waktu Maghrib, saya risau kerana anak sulung saya masih tidak jumpa adiknya dan kami meminta tolong orang kampung dan dalam pukul 10 malam (waktu sama) orang kampung menjumpai basikalnya dan saya ambil tindakan terus melaporkan perkara ini kepada polis," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Medang Hilir di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Solihah berkata, setiap hari dirinya tidak berputus berdoa dan berterima kasih kepada penduduk kampung yang membantunya sehingga anaknya berjaya ditemui oleh penduduk yang sedang memburu ayam hutan.

Menurutnya, walaupun keadaan mayat sukar dikenal pasti namun dia yakin ia adalah Siti Masitah berdasarkan baju yang dipakainya.

"Saya sendiri pergi melihat dan sememangnya mayat anak saya kerana saya mengecam baju pada mayat itu kerana baru seminggu saya membelinya untuk Siti Masitah yang merupakan baju kegemarannya.

"Saya juga melihat tangan mayat itu diikat dan telah menyerahkan perkara ini kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya.

Tambahnya, walaupun dirinya mengesyaki anaknya dibunuh namun dia bersyukur kerana mangsa akhirnya berjaya ditemui setelah 11 hari menanti tanpa sebarang berita.

“Luluh dan berkecai hati saya apabila melihat keadaan anak saya seperti itu. Semasa dia hilang sejak 11 hari lalu kami sudah pun cari dia di kawasan ini tetapi tidak menjumpainya.

"Walaupun ditemui dalam keadaan tragis apabila tangan dan kakinya diikat namun saya bersyukur dapat melihat mayat anak saya dijumpai," katanya

Dalam pada itu, menurut seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata penduduk di kampung ini telah mengesyaki seorang individu kerana dilihat bersama dengan mangsa kali terakhir sebelum hilang.

"Suspek tersebut ada penduduk lihat dia bersama dengan mangsa pada hari yang sama sebelum dia hilang dan suspek tersebut orang kampung telah tangkap dan serahkan kepada pihak polis,"katanya.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Othman Nayan berkata, mayat itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas tanah dan pemeriksaan di kawasan sekeliling tidak menemukan sebarang senjata.

Menurutnya, identiti mayat tidak dapat dikenal pasti dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan untuk bedah siasat.

"Bedah siasat mayat akan dibuat pagi esok untuk mengenal pasti punca kematian. Siasatan akan diteruskan selepas keputusan bedah siasat," katanya.

H-Kanak-kanak 11 tahun disyaki dibunuh dengan kejam PEKAN-Mayat seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun yang dilaporkan hilang sejak 31 Januari lalu, ditemui kira-kira tiga kilometer dari rumahnya kira tiga kilometer dari rumahnya di Tanjung Medang Kemahang di sini dipercayai mati dibunuh. Mayat Siti Masitah Ibrahim ditemukan kira-kira pukul 4 petang semalam oleh penduduk kampung yang memburu ayam hutan di kawasan itu sebelum melaporkannya kepada polis. Difahamkan, mayat mangsa yang kerketurunan Kemboja ditemukan dalam keadaan tangan diiikat dan tanpa seluar serta beberapa organ dalaman telah tiada namun polis masih menjalankan siasatan serta mengklafikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat dikeluarkan. LAPORAN MOJO SINAR HARIAN KUANTAN AIMAN SADIQ ABDULLAH

Posted by Sinar Harian Edisi Pahang on Sunday, February 10, 2019