'Akhirnya anak saya ada kubur'

Nurdiana Alwani (kanan) tidak dapat menahan sebak selepas berjumpa dan memohon maaf dari ibu mangsa, Masitah.
Nurdiana Alwani (kanan) tidak dapat menahan sebak selepas berjumpa dan memohon maaf dari ibu mangsa, Masitah.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- "Meskipun hanya mampu lihat jasad dia yang kaku, tetapi saya tetap bersyukur kerana akhirnya anak saya ada 'kubur'," demikian luah ibu kepada pemancing yang ditemui mati lemas selepas menyelamatkan lima sekeluarga terjatuh ke dalam Sungai Terengganu, Masitah Awang, 60.

Masitah berkata, dia hanya mengetahui penemuan mayat anak ketiganya itu selepas dimaklumkan oleh ahli keluarga yang berada di lokasi kejadian.

"Selepas malam itu (Jumaat), memang kami sekeluarga berkampung di lokasi dan saya biasanya akan pulang sekejap ke rumah pada awal pagi untuk solat Subuh dan mandi sekejap.

"Pagi tadi, kebetulan saya sedang bersiap hendak pergi semula ke lokasi sebelum menerima panggilan daripada ahli keluarga yang sedang menunggu di lokasi memaklumkan arwah dah dijumpai," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di perkarangan bilik Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, pagi tadi.

Terdahulu, suasana sedih menyelubungi perkarangan Bilik Forensik HSNZ, di sini, sebaik jenazah Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, tiba.

Jenazah Abdul Bari Asyraf yang digelar sebagai wira penyelamat dan negara kerana keberaniannya terjun ke sungai bagi menyelamatkan lima mangsa hingga mengorbankan nyawanya sendiri tiba di Bilik Forensik HSNZ kira-kira jam 8.45 pagi tadi.

Mayat Abdul Bari Asyraf ditemui di muka Kuala Tanjung oleh pasukan mencari dan menyelamat dan orang awam pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung dan dinaikkan sebelum dibuat pengecaman oleh ahli keluarga mangsa.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian Jumaat lalu, Abdul Bari Asyraf yang sedang memancing terjun ke sungai bagi menyelamatkan lima mangsa yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang meluncur sebelum terjunam ke sungai.

Bagaimanapun, Abdul Bari Asyraf yang dikatakan mengalami kejangan otot menyebabkan dia gagal mengawal keadaan sebelum kelibatnya hilang di permukaan air.

ARTIKEL BERKAITAN:Suasana sayu selubungi ahli keluarga

ARTIKEL BERKAITAN:Mayat Abdul Bari ditemui 2.5km dari lokasi hilang

ARTIKEL BERKAITAN:Solat hajat untuk Abdul Bari

ARTIKEL BERKAITAN:Hajat selamatkan mangsa kemalangan, tapi...