Turki kutuk layanan buruk China terhadap etnik Uighur

Dua wanita etnik Uighur tenang melalui sebatang jalan yang dipenuhi sekumpulan tentera China di wilayah Xinjiang.
Dua wanita etnik Uighur tenang melalui sebatang jalan yang dipenuhi sekumpulan tentera China di wilayah Xinjiang.
A
A
A

ANKARA - TURKI. Kerajaan Turki mengecam layanan buruk China terhadap etnik Islam Uighur dan menyifatkan ia sebagai 'keaiban besar kepada kemanusiaan.'

Kenyataan Ankara itu menambahkan lagi kritikan berterusan dilemparkan kumpulan hak asasi manusia berhubung pencabulan dan penahanan beramai-ramai etnik itu.

“Pengasingan sistematik pihak berkuasa China kepada Uighur Turki adalah keaiban besar kepada kemanusiaan,” kata jurucakap Kementerian Luar Turki, Hami Aksoy dalam satu kenyataan.

Wilayah Xinjiang di barat laut China, menyaksikan pengawasan ketat polis sejak beberapa tahun lalu selepas keganasan antara etnik tercetus.

Hampir sejuta Uighur dan minoriti lain berbahasa Turki di China dilaporkan ditahan dalam 'kem pendidikan semula,' menurut panel pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beijing berkata 'pusat pendidikan vokasional' itu adalah untuk membantu etnik minoriti daripada terjebak dalam keganasan dan mengintegrasi mereka dalam masyarakat. -AFP

Artikel Berkaitan: