Wanita mampu jadi Perdana Menteri Malaysia: Dr Mahathir

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

KUALA LUMPUR, - Golongan wanita juga mampu menjadi Perdana Menteri di negara ini suatu hari nanti, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun berkata, ia adalah proses yang panjang dan mengambil masa sebelum golongan berkenaan dapat memainkan peranan lebih penting dalam pentadbiran negara.

“Kita lihat perkara ini (perdana menteri wanita) berlaku di negara-negara maju dan kita juga lebih awal dalam memberi peranan kepada wanita sebagai pemimpin.

“Mungkin (pada masa ini) tak sampai jadi perdana menteri, tetapi sudah ada (wanita) yang sudah dapat jawatan dengan tanggungjawab tinggi, malah mereka juga menjalankan tugas dengan baik,” katanya dalam program bual bicara ‘Tick Talk 60 Minute: Wanita-Wanita Bersama Tun M’ yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi beliau pada Isnin.

Dr Mahathir berkata, golongan wanita hari ini juga mempunyai pengalaman mendalam dan pengetahuan yang luas, sekali gus mampu menjadi penyumbang kepada pembangunan negara.

“(Malah) penuntut wanita adalah bilangan terbesar di universiti dan mereka juga mengambil bahagian dalam setiap kegiatan di sana, malah ada yang berpeluang mengikutinya sehingga ke luar negara,” katanya dan menambah wanita juga lebih serius dalam segala tugasan yang dilakukan. - Bernama

Artikel Berkaitan: