Pelakon Korea, Song Yoo Jung meninggal dunia

Song Yoo Jung
Song Yoo Jung
A
A
A

PELAKON terkenal Korea, Song Yoo Jung dilaporkan meninggal dunia di rumah pada Isnin.

Menerusi laporan Soompi, Song yang berusia 26 tahun merupakan pelakon hebat dan sentiasa bersemangat dalam bidang lakonan.

Menurut media tempatan, kejadian itu disedari bapa pelakon setelah gagal menghubunginya dan membuat laporan polis untuk melihat keadaan anaknya berikutan dia tinggal berasingan dengan pelakon drama 'Make Your Wish' itu.

Hasil siasatan awal mendapati tidak sebarang luka atau cedera di anggota badan pelakon tersebut.

Mayat mendiang masih di Pusat Perubatan Gangnam sementara menunggu proses pengebumian dilakukan pada petang Isnin.

Berita kematian Song mengejutkan dunia hiburan Korea dan para peminatnya menangisi pemergian pelakon berbakat besar itu.

Kali terakhir Song memuat naik gambar di akaun Instagramnya ialah pada 30 Disember lalu dan menjengah di ruang komen, para peminatnya melahirkan rasa sedih kehilangannya yang disifatkan seorang yang ceria.

Song memulakan kariernya sebagai model jenama kosmetik sebelum beralih ke bidang lakonan pada tahun 2013. Drama pertamanya 'Make Your Wish' pada tahun 2014 dan kemudian drama 'School 2017' serta drama 'Dear My Name' pada tahun 2019.

Artikel Berkaitan:

Malah, mendiang turut muncul sebagai pelakon utama dalam muzik video kumpulan K-Pop terkenal, iKON menerusi lagu Goodbye Road.