Skandal RM90 juta: 'Malang bagi pengundi Pas'

Azan (tengah) sewaktu sidang media yang diadakan di Pejabat PKR Terengganu di sini, hari ini.
Azan (tengah) sewaktu sidang media yang diadakan di Pejabat PKR Terengganu di sini, hari ini.
A
A
A
KUALA TERENGGANU- PKR Terengganu memandang serius berhubung tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah memulakan siasatan terhadap penglibatan beberapa pemimpin kanan Pas yang dikatakan terlibat dengan skandal penerimaan wang haram 1MDB berjumlah RM90 juta.

Pengerusinya, Azan Ismail berkata, walaupun siasatan baru sahaja bermula, PKR Terengganu berpendapat adalah sesuatu yang amat malang bagi rakyat negeri ini, khususnya kepada 310,252 orang pengundi Pas yang memberi kepercayaan kepada parti itu untuk memerintah Terengganu.

“Umum kita ketahui bahawa beberapa orang pimpinan utama Pas adalah dari kalangan kepimpinan Pas Terengganu.

“Sebagai sebuah parti yang lantang memperjuangkan Islam, skandal sebegini sudah tentu akan memberi imej yang buruk dan gambaran yang salah tentang Islam.

“Rakyat Terengganu sudah tentu merasa risau dan resah akan situasi seperti ini kerana ia jelas telah merobek kepercayaan bahawa Islam akan lebih terpelihara dan terjamin di bawah Kerajaan Pas,” katanya pada sidang media di Pejabat PKR Terengganu, di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: