Perusuh rosakkan ibu pejabat Demokrat di Portland

Dua perusuh merosakkan pintu hadapan bangunan ibu pejabat Demokrat di Portland.
Dua perusuh merosakkan pintu hadapan bangunan ibu pejabat Demokrat di Portland.
A
A
A

SALEM - Sekumpulan perusuh bertindak merosakkan bangunan ibu pejabat parti Demokrat di Portland, Oregon pada Khamis.

Insiden itu berlaku pada hari pertama Joe Biden bertugas sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-46.

Polis berkata, kira-kira 150 penunjuk perasaan berarak di Portland dengan membawa papan tanda menentang Biden.

Tambah polis, sebahagian daripada penunjuk perasaan itu mula bertindak ganas dan merusuh dengan memecahkan tingkap dan menconteng di dinding bangunan ibu pejabat Demokrat tersebut dengan simbol anarkis.

KOIN TV melaporkan, susulan kejadian itu, seramai lapan individu telah ditahan dan mereka bakal berdepan tuduhan mencetuskan rusuhan, melakukan jenayah, menganggu tugas polis dan vandalisme.

Sementara itu, kira-kira 100 orang turut berarak di Seattle dengan sebahagian daripada mereka bertindak memecahkan tingkap cermin mahkamah persekutuan.

Kumpulan itu mendesak supaya Penguat kuasa Kastam dan Imigresen (ICE) dibubarkan selain turut membakar bendera AS.

Portland sebelum ini telah menjadi lokasi tunjuk perasaan yang adakalanya bertukar ganas dengan pertempuran antara perusuh dan anggota keselamatan.

Artikel Berkaitan:

Situasi di bandar itu semakin tegang sejak pembunuhan lelaki kulit hitam, George Floyd oleh pegawai polis kulit putih di Minneapolis, Minnesota yang mencetuskan gerakan Black Lives Matter di seluruh AS.

Sepanjang musim panas lalu, tunjuk perasaan membantah kekejaman polis telah berlangsung selama lebih daripaa 100 hari berturut-turut. - Agensi