X

Kindly register in order to view this article
!

Donald Trump tinggalkan Rumah Putih

Trump dibawa menaiki helikopter Marine One buat kali terakhir selepas beliau meninggalkan Rumah Putih pada Rabu. - Foto: AFP
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu meninggalkan Rumah Putih buat kali terakhir beberapa jam sebelum penggantinya, Joe Biden dijadualkan mengangkat sumpah di Capitol, Washington.

Ketika bercakap kepada media, Trump menyatakan pentadbirannya membuat banyak pencapaian sepanjang empat tahun lalu.

"Ia adalah pencapaian terbaik dalam hidupa saya. Saya hanya mahu ucapkan selamat tinggal," katanya.

Trump, 74, bersama Wanita Pertama, Melania turut melalui permaidani merah sebelum menaiki helikopter rasmi Presiden, Marine One di halaman Rumah Putih untuk ke pangkalan Joint Base Andrews bagi menyertai acara perpisahan termasuk 21 das tembakan sebagai simbol penghormatan kepada Presiden ke-45 AS itu.

Bilionair hartanah itu kemudiannya akan diterbangkan dengan Air Force One ke resort peribadi, Mar-a-Lago di Florida selepas beliau mengesahkan tidak akan menghadiri upacara pelantikan penggantinya sekali gus menjadi bekas Presiden pertama yang berbuat demikian dalam tempoh lebih 150 tahun. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!