Ahli politik anjur pesta hari lahir dikecam

Félix Salgado dikecam warga maya kerana ketepikan larangan berhimpun. - Foto Daily Mail
Félix Salgado dikecam warga maya kerana ketepikan larangan berhimpun. - Foto Daily Mail
A
A
A

CHIPANCINGO - Seorang ahli politik yang mencalonkan diri sebagai ketua gabenor di Mexico mengadakan pesta dengan 500 tetamu untuk meraikan ulang tahunnya walaupun terdapat larangan untuk berhimpun kerana lonjakan jangkitan Covid-19 di negara itu.

Félix Salgado yang didakwa melakukan pemerkosaan dan terikat dengan kartel dadah meraikan ulang tahun ke-64 pada Khamis hingga melewati pagi Jumaat di pantai di Guerrero, menurut laporan Daily Mail.

Pesta itu diadakan dalam suasana terbuka dan meriah di bandar Chilpancingo menampilkan kumpulan muzik, disajikan pelbagai makanan enak telah menarik perhatian warga maya apabila puluhan gambar di muat naik di laman sosial hingga tular.

Tetamu Salgado juga tidak memakai pelitup muka serta tiada penjarakkan sosial.

Tindakan beliau mengundang kecaman daripada warga maya kerana tidak menghiraukan larangan berhimpun ketika pandemik Covid-19 melanda negara itu.

Pada Selasa, Mexico merekodkan 141,248 kes kematian daripada jumlah keseluruhan 1.64 juta kes menjadikan negara keempat tertinggi di dunia berdasarkan data Johns Hopkins University.

Guerrero telah mencatatkan jumlah kes sebanyak 28,125 dengan 2,864 kematian.

Artikel Berkaitan: