Samy Vellu di Pusat Konvensyen Sungai Siput
![Samy Vellu (dua, kiri) mendengar penerangan daripada Saravanan pada majlis berkenaan.](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/02/09/180247.jpg)
SUNGAI SIPUT - Bekas Presiden MIC Tun Dr S Samy Vellu sempat meluangkan masa menghadiri Majlis Pelancaran Kinta Saujana di Pusat Konvensyen Sungai Siput, pagi tadi.
Hadir sama, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan bekas Pengerusi Gerakan Perak, Tan Sri Chang Ko Youn.
Difahamkan, penganjuran majlis berkenaan adalah bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina 2019.