RM1 bilion tambah baik Program Subsidi Upah 3.0

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

SHAH ALAM - Program Subsidi Upah 3.0 di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan ditambah baik di mana semua majikan yang beroperasi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inisiatif tersebut melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion yang dianggarkan memanfaatkan 250,000 majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja.

"Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang daripada RM4,000.

"Selain itu, had 200 pekerja bagi setiap permohonan akan ditingkatkan kepada 500 pekerja," katanya dalam Pengumuman Perdana Menteri berhubung Pakej Bantuan Khas yang disiarkan secara langsung pada Isnin.

Pada masa sama, beliau berkata, bagi mereka yang kehilangan pekerjaan dalam tempoh pelaksanaan PKP, kerajaan bersetuju untuk melonggarkan syarat permohonan bagi program Sistem Insurans Pekerjaan atau SIP Prihatin.

"Pekerja yang tidak memenuhi caruman minimum ataupun tidak dilanjutkan kontrak perkhidmatan setelah pembaharuan dibuat sekurang-kurangnya tiga kali, sekarang dibenarkan untuk memohon bantuan kewangan SIP Prihatin sebanyak 30 peratus daripada gaji mereka selama tiga bulan," katanya.

Artikel Berkaitan: