Beriadah di Gunung Lambak

Pemandangan dari atas puncak Gunung Lambak.
Pemandangan dari atas puncak Gunung Lambak.
A
A
A

TERLETAK 5km dari Bandar Kluang, Hutan Rekreasi Gunung Lambak menjadi destinasi yang cukup menarik bagi pengunjung yang dahagakan keindahan alam semula jadi.

Di kaki Gunung Lambak, terdapat sebuah hutan rekreasi yang cukup indah dan pengunjung berpeluang untuk berenang di kolam disediakan atau mendaki gunung.

Selain dipenuhi pelbagai flora dan fauna, air terjun yang dingin dan nyaman juga di sini, terdapat juga pelbagai kemudahan lain seperti ruang parkir kenderaan yang luas, taman permainan, surau, chalet, tapak perkelahan dan trek joging.

Selain terkenal dengan kawasan rekreasi dan pelancongan, Gunung Lambak juga merupakan salah satu lokasi pendakian yang cukup terkenal di daerah ini dan cukup popular di kalangan pendaki-pendaki daripada Singapura.

Laluan 'jungle trekking'.
Laluan 'jungle trekking'.

Gunung Lambak ini mempunyai dua puncak (twin peak) dan meskipun diklasfikasikan sebagai gunung, tetapi ketinggian puncak yang paling tinggi hanyalah setinggi 510 meter (1,673 kaki) dari paras laut.

Sesiapa yang pernah singgah ke Bandar Kluang, puncak Gunung Lambak ini akan kelihatan tersergam indah dan pemandangan latar belakang Bandar Kluang juga akan kelihatan secara jelas di puncak gunung tersebut.

Bagi pendaki, pendakian akan bermula di Hutan Rekreasi Gunung Lambak yang telah dibangunkan sebagai tarikan rekreasi dan pelancongan selain terdapat dua trek untuk mendaki ke Gunung Lambak.

Artikel Berkaitan:

Gunung Lambak juga mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan terdapat pelbagai flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan dan pada 1969 juga, sebuah stesen pemancar Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah siap dibina untuk memberi mutu siaran televisyen yang baik bagi penduduk di Kluang.

Sentiasa dipenuhi pengunjung terutamanya pada waktu cuti.
Sentiasa dipenuhi pengunjung terutamanya pada waktu cuti.

Sebelum ini, kawasan rekreasi ini dikendalikan oleh pihak swasta dan sejak 2011, Majlis Perbandaran Kluang (MPK) telah mengambil alih urusan penjagaannya dan pengendalian kawasan ini termasuk ‘resort’ yang berada di sini.

Di sini juga, terdapat titi gantung yang dibina atas lurah anak sungai yang menghubungkan kawasan riadah bawah bukit ke laluan trek pendakian menghala ke gunung dan pelbagai lapisan usia telah datang ke sini untuk bersama-sama ahli keluarga beriadah terutamanya pada hujung minggu atau cuti umum.