X

Kindly register in order to view this article
!

Tindakan boleh dikenakan terhadap golongan anti PKP, darurat

KHAIRIL AZMIN
A
A

SHAH ALAM - Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap golongan anti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta darurat yang menghasut dan memburuk-burukkan tindakan kerajaan dengan menyebarkannya di media sosial.

Pakar undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata, bagaimanapun tindakan yang boleh diambil bergantung kepada jenis kesalahan yang dibuat.

Beliau berkata, jika melanggar PKP maka undang-undang yang terpakai antaranya ialah undang-undang berkait dengan PKP.

Katanya, jika kenyataan yang dibuat bersifat menghasut dan mempunyai unsur jenayah, maka boleh menggunakan Seksyen 4 Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pendakwaan di bawah akta apa yang akan digunakan juga bergantung kepada fakta serta platform atau cara yang digunakan dalam melakukan kesalahan serta kandungan kenyataan.

“Jika mempunyai unsur hasutan, boleh didakwa di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan,” katanya.

Khairil Azmin berkata, sebagai contoh, terdapat kenyataan yang berlebih-lebihan dalam mengkritik usaha kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19 sehingga mereka menyalahkan Yang di-Pertuan Agong dan mengeluarkan komen atau kenyataan berbaur mencemarkan serta menghina institusi beraja dan Raja-Raja Melayu.

“Ini tidak sepatutnya dilakukan kerana menjadi kesalahan bukan saja di bawah Akta Hasutan tetapi juga di bawah Kanun Keseksaan,” katanya.

Ketika mengulas berkenaan kesukaran mengesan pelaku memandangkan sesetengah akaun adalah palsu, Khairil Azmin berkata, pihak berkuasa sama ada polis atau Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mempunyai kaedah tertentu untuk mengesan mereka.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!