Ditemui mati terduduk tepi kolam

Mayat lelaki ditemui terduduk dan bersandar di dinding zink kolam ikan di Bagan Panchor, semalam.
Mayat lelaki ditemui terduduk dan bersandar di dinding zink kolam ikan di Bagan Panchor, semalam.
A
A
A

TAIPING - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terduduk di kawasan kolam ikan di Jalan Bagan Panchor, Padang Gajah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, mayat Yusri Md Sani, 31, ditemui oleh pekerja kolam sebelum memaklumkan kepada majikannya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Razlam Ab Hamid berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan luka di bahagian belakang kepala.

"Menurut ahli keluarganya, si mati merupakan anak ke empat dari sembilan adik beradik telah keluar rumah pada 8 malam, Rabu lalu dan tidak pulang sehingga mayatnya ditemui.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian," katanya.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian awal si mati adalah disebabkan radang paru-paru sebelah kiri.

Razlam berkata, kecederaan si mati dipercayai berpunca daripada trauma objek kesat berkemungkinan bersegi atau berbucu.

"Dengan kedudukan bahagian belakang kepala, kemungkinan si mati telah jatuh ke belakang dengan bahagian kepala menghentam objek tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, hasil daripada keputusan bedah siasat," katanya.