X

Kindly register in order to view this article
!

Jangan percaya ciapan jelik di akaun Twitter MCMC

A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan hantaran-hantaran mesej yang mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang telah dimuat naik melalui akaun Twitter suruhanjaya berkenaan.

Menurut MCMC, akaun Twitter rasmi MCMC telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Susulan itu, akaun Twitter rasmi Suruhanjaya @SKMM_MCMC telah digantung buat sementara waktu," katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, akaun Twitter MCMC kecoh selepas warganet menangkap layar ciapan yang berbaur jelik yang dipercayai dibuat oleh akaun tersebut antara tahun 2013 sehingga 2014.

Dalam pada itu, seorang pemilik akaun Twitter yang ingin dikenali sebagai Nazruihakim mendakwa dia tidak menyangka akaun miliknya itu yang dijual pada usia kira-kira 15 hingga 16 tahun itu bertukar menjadi akaun rasmi MCMC.

Ciapan Nazruihakim di Twitter.
Ciapan Nazruihakim di Twitter.

Menurutnya, akaun tersebut merupakan akaun sulitnya yang mempunyai pengikut mencecah 50 ribu pada masa itu.

“Budak-budak sekolah mesti nak merasa duit jugak kan. Jadi saya jual akaun tu dekat salah seorang pengguna, namanya @SaidOsem.

“Saya tak tahu akaun tu akan jadi official MCMC. Saya jual dengan harga RM1,300 kalau tak silap saya,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Ciapan yang dikeluarkan berkenaan perkara tersebut tular di media sosial menjadikan isu tersebut sohor kini dan menjadi bualan ramai netizen.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!