'Cikgu pun boleh beli kereta mewah, inikan pula saya sebagai pemimpin'

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU – “Kalau cikgu sekolah pun boleh beli dengan harga RM200,000, takkan saya sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan tak boleh beli kereta bernilai RM100,000,” kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau yang juga Naib Presiden Pas berkata, sesuai dengan statusnya sebagai pemimpin di negeri ini, beliau membeli kereta mengikut kemampuan pendapatannya.

Namun kenderaan yang dibeli katanya, bukan dalam kategori kereta mewah kerana ia bernilai lingkungan RM60,000 hingga RM100,000.

Menurutnya, fakta yang dikemukakan oleh Editor Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London tidak tepat.

“Dulu saya tak boleh komen atas nasihat peguam, sekarang bagi saya, isu saman dah berakhir kerana dua-dua pihak mahu selesaikannya di luar mahkamah.

“Selesai luar mahkamah bukan perkara pelik, sebab kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Khairy Jamaluddin, 7 September 2007 lalu, mengambil pendekatan yang sama,” katanya, selepas Kuliah Pagi di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, hari ini.

Beliau mengulas isu ini selepas ditanya mengenai kenyataan yang didokumenkan di Mahkamah London, berhubung pembelian kereta mewah seperti Range Rover, Audi 6, Toyota Vellfire dan Toyota Attis serta membina rumah untuk keluarganya.

Artikel Berkaitan: