X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Ahmad Jazlan tarik sokongan kepada kerajaan PN

Ahmad Jazlan (tengah) ketika mengadakan sidang akhbar di Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan pada Sabtu.
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Selepas melepaskan jawatan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada Sabtu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Jazlan berkata, keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan kepemimpinan, Tan Sri Muhyiddin Yassin tersebut dibuat tanpa desakan daripada mana-mana pihak.

Menurutnya, tindakan berkenaan dilakukan atas dasar memperjuangkan prinsip parti serta maruah Barisan Nasional (BN) dan bukannya kepentingan peribadi.

“Dengan ini saya mengumumkan bahawa saya menarik diri daripada menyokong kerajaan PN yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO Kelantan sokong tindakan Ahmad Jazlan

Ahmad Jazlan letak jawatan Pengerusi MPOB

12 UMNO bahagian di Kelantan desak putuskan hubungan dengan Bersatu

Cadang tarik diri sokong kerajaan jika PRU15 tidak dilaksana segera

“Saya sedar dan sekali lagi saya sebut apa yang saya buat ini tidak akan sekalipun menggugat kedudukan kerajaan dan tidak akan meruntuhkan kerajaan.

“Apatah lagi tidak akan ada Pilihan Raya Umum kerana 110 berbanding dengan 108 sudah tentulah masih ada majoriti,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi UMNO Kelantan menegaskan bahawa keputusan bermaruah yang dilakukan itu tidak sesekali akan ditarik balik meskipun terdapat pelbagai tohmahan dibuat terhadapnya.

Beliau berkata, walaupun tidak bersetuju dengan tindak-tanduk dilakukan kerajaan yang ditunjangi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang seolah-olah menganiaya UMNO, namun beliau tetap masih menjadi ahli UMNO.

Ahmad Jazlan juga meminta kerajaan dan parti menerima keputusan yang dilakukan itu dengan hati terbuka.

Dengan berlapang dada, Ahmad Jazlan juga memberi jaminan akan menyokong sebarang rang undang-undang dibentangkan di Parlimen pada Mac ini sekiranya ia memberi kepentingan kepada rakyat.

Dalam perkembangan sama, pada Sabtu Ahmad Jazlan mengumumkan kesemua 12 bahagian UMNO menyatakan pendirian menarik sokongan terhadap kerajaan PN.

Ahmad Jazlan berkata, surat berkaitan tindakan dilakukan itu akan diserahkan kepada Presiden parti selepas ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!