'Arwah bersalaman seolah-olah ucap selamat tinggal'

Koperal K Mahadir Elis (gambar kecil) meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Koperal K Mahadir Elis (gambar kecil) meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
A
A
A

SUNGAI PETANI - "Arwah sempat bersalaman dengan saya seolah-olah mengucapkan selamat tinggal kira-kira dua jam sebelum dilaporkan meninggal dunia akibat kemalangan," kata Koperal Fitri Fadzir, 33, menceritakan detik akhir pertemuannya bersama arwah Koperal K Mahadir Elis, 38.

K Mahadir meninggal dunia akibat dilanggar seorang penunggang motosikal ketika mengejar suspek pecah rumah di Kampung Padang Temusu lebih kurang jam 7.30 pagi pada Jumaat.

Fitri Fadzir berkata, dia tidak menyangka itu kali terakhir dia bertemu rakan setugasnya itu.

"Masa itu kat Taman Kempas, kami sama-sama habis tugas melakukan tangkapan kes jenayah dalam jam 5.30 pagi tadi, sebelum dia nak teruskan tugas ke Padang Temusu manakala saya pula nak ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

"Selalunya tak macam tu (bersalaman), tangannya sejuk tetapi muka dia cerah dan ceria," katanya.

FITRI
FITRI

Menurutnya, dalam dua jam kemudian, dia dimaklumkan Mahadir telah meninggal dunia akibat dilanggar sebuah motosikal semasa mengejar suspek.

Katanya, kehilangan arwah amat dirasai memandangkan mereka bertugas di tempat sama iaitu Balai Polis Sungai Petani.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kali terakhir bertemu arwah ialah pada malam tadi (Khamis) di mana mangsa turut hadir ke Surau IPD Kuala Muda bagi majlis bacaan Yasin mingguan.

"Arwah seorang yang berdedikasi dalam menjalankan tugas, bertanggungjawab serta komited. Kami warga Polis Diraja Malaysia merakamkan takziah kepada isteri dan keluarganya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mayat Allahyarham Mahadir dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Jenazah dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar- Rashid Sungai Dua, Pulau Pinang mengikut upacara istiadat sebagai penghormatan terakhir yang dijangka selepas Maghrib.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota polis maut ketika kejar suspek pecah rumah