Situasi di pekarangan kuil aman

Fisol (kiri) dan Hamzah (kanan) ketika meninjau lokasi kejadian.
Fisol (kiri) dan Hamzah (kanan) ketika meninjau lokasi kejadian.
A
A
A

SUBANG JAYA - Keadaan di sekitar kawasan Kuil Sri Maha Mariamman ketika ini aman dengan kawalan daripada pihak polis yang sentiasa bersiap-sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Tinjauan Sinar Harian bermula kira-kira pukul 10 pagi ini mendapati, kawalan polis hanya dilakukan di pekarangan kuil sahaja.

Kelihatan dua buah kereta forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba sekitar jam 10.45 pagi bagi melakukan siasatan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: PDRM tubuh pasukan khas]

Malah, laluan di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran kawasan kuil juga telah dibuka kepada orang awam seperti biasa namun keadaan sedikit sesak.

Dalam pada itu, kelihatan wakil daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut hadir ke sini bagi mendapatkan maklumat berhubung insiden itu.

Selain itu, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awan (Operasi), Bukit, Datuk Fisol Salleh dan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Senior Asisten Komisioner Hamzah Ahmad turut turun padang bagi meninjau situasi di kuil terbabit.

[ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: Polis tahan empat lelaki, rampas parang]

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan perselisihan faham antara dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil terletak di USJ 25, menjadi punca pergaduhan dan insiden kenderaan dibakar.