Pekerja maut dilanggar ketika pungut sampah

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Seorang pekerja pemungut sampah maut dilanggar sebuah kereta di Jalan Ong Tiang Swee, di sini, pada kejadian 6.11 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata akibat pelanggaran tersebut mangsa tercampak lalu tersangkut di antara tiang telefon dan pondok.

“Pihak Bomba telah menjalankan operasi menurunkan mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- Bernama

Artikel Berkaitan: