Projek HSR bukan penting, kata Dr Mahathir

Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dibatalkan.
Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dibatalkan.
A
A
A

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang dibatalkan baru-baru ini bukan satu projek penting.

Menurutnya, ini disebabkan negara ini masih boleh menunggu sekurang-kurangnya 20 tahun lagi untuk diadakan projek seperti itu.

“Kerana jarak kereta api laju ini kena pergi jauh baru kita dapat jimatkan masa. Masa yang hanya dapat anda jimat hanya sekitar 15 minit sahaja,” katanya pada sidang akhbarnya di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Khamis.

Pada 1 Januari lalu, kerajaan Malaysia dan Singapura menerusi satu kenyataan bersama mengumumkan pembatalan projek HSR selepas tempoh penangguhan perjanjian terbabit berakhir pada 31 Disember 2020.

Menurut kenyataan bersama itu, kedua-dua negara akan mematuhi tanggungjawab masing-masing dan meneruskan tindakan yang diperlukan hasil daripada penamatan perjanjian terbabit.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir turut mempersoalkan mengapa perlu membayar jumlah wang yang banyak bagi menjimatkan masa yang hanya 15 minit.

“Tetapi yang paling buruk kos pembinaan HSR ini telah naik sehingga RM80 bilion. Kita tak akan dapat memperoleh wang itu balik,” katanya.

Artikel Berkaitan: