Tidak wajar buat PRU15 sekarang, kata Ahmad Marzuk

Ahmad Marzuk (dua dari kanan) menyampaikan bantuan persekolahan kepada penerima pada Program Kembali Ke Sekolah di Sekolah Rendah Integrasi Islam Darul Ulum di Bandar Springhill, Port Dickson pada Khamis.
Ahmad Marzuk (dua dari kanan) menyampaikan bantuan persekolahan kepada penerima pada Program Kembali Ke Sekolah di Sekolah Rendah Integrasi Islam Darul Ulum di Bandar Springhill, Port Dickson pada Khamis.
A
A
A

PORT DICKSON - Tiada kewajaran untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, perkara paling penting yang perlu diberi perhatian ketika ini ialah meningkatkan kualiti dan kuantiti bantuan kepada rakyat yang terjejas akibat Covid-19 serta bencana banjir.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu bagaimanapun menyerahkan kepada pertimbangan Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan kewajaran mengadakan PRU15 dalam masa terdekat.

"Tapi apa lebih penting untuk tempoh sehari dua ini ialah kita mengutamakan soal keselamatan dan kesihatan rakyat serta fokus untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti kebajikan bantuan kepada rakyat terutama yang terjejas dengan Covid-19 dan banjir.

"Kalau tanya saya, pilihan raya ini... jika boleh bertahan, selagi itu kita pertahankan tak buat pilihan raya dalam waktu terdekat," katanya pada sidang akhbar selepas hadir pada Program Kembali Ke Sekolah di Sekolah Rendah Integrasi Islam Darul Ulum di Bandar Springhill di sini pada Khamis.

Ahmad Marzuk berkata demikian ketika ditanya berhubung desakan mengadakan PRU15 dalam tempoh terdekat.

Artikel Berkaitan: