X

Kindly register in order to view this article
!

Kartel daging: Dua Pegawai Maqis Johor direman lima hari

Dua pegawai Maqis Johor dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes kartel import daging haram.
A
A

JOHOR BAHRU - Dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor yang disiasat kerana disyaki terlibat rasuah dalam melindungi kegiatan kartel import daging haram, ditahan reman selama lima hari bermula Khamis.

Pendaftar Mahkamah, Nur Izzaty Muhammad Zahari membenarkan permohonan reman yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di Mahkamah Khas Reman di sini.

Kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 atas tuduhan menerima rasuah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kartel daging haram: SPRM tahan dua pegawai Maqis Johor

Terdahulu, kedua-duanya tiba di pekarangan kompleks mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dengan berpakaian baju lokap SPRM.

Kedua-duanya ditahan reman selama lima hari bermula Khamis.
Kedua-duanya ditahan reman selama lima hari bermula Khamis.

Mereka ditahan di Pejabat SPRM Johor di sini pada jam 11 malam Rabu bagi membantu siasatan kes kartel import daging haram.

Pada 2 Disember lalu, Sinar Harian menerusi laporan khas membongkar kegiatan kartel mengimport daging dari beberapa negara yang tidak halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk dijual dan dibekalkan di pasaran tempatan.

Serbuan dilakukan Maqis bersama-sama agensi lain di sebuah stor di Skudai dekat sini, sekali gus mendedahkan kegiatan itu yang menggemparkan seluruh negara.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!