'Kerajaan baharu patut bawa berita gembira'

Manickam
Manickam
A
A
A

JEMPOL - ADUN Jeram Padang, Datuk L Manickam menegaskan sepatutnya kerajaan baharu membawa berita gembira kepada penduduk Kampung Orang Asli Jeram Padang berhubung masalah bekalan air di kampung tersebut.

Jelas Manickam, berita gembira itu adalah peruntukan khas bagi menyelesaikan masalah tersebut dan bukan menyalahkan pentadbiran BN.

"Bagaimanapun, saya sebelum ini sudah berusaha melalui Kerajaan Pusat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada 2017, dalam membawa projek elektrik dengan kos RM1.545 juta dan kerja siap 70 peratus kini.

"Begitu juga dengan permasalahan bekalan air, saya, telah berbincang dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) tentang masalah ini dan sebagai penyelesaian awal. JAKOA telah membawa kelulusan Projek Pemasangan Tangki Water Purification System.

"Sebanyak dua buah tangki, telah siap dipasang untuk kegunaan penduduk situ yang melibatkan 20 buah rumah tetapi kebelakangan ini pam tersebut rosak juga," katanya merujuk dakwaan Penyelaras DUN Jeram Padang, Smuliadi Sabtu.

Manickam memberitahu, pada 2017 pihaknya telah memaklumkan kepada JAKOA untuk mendapatkan kelulusan bajet besar bagi projek pemasangan air melalui Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), namun masih dalam pertimbangan.

"Saya juga bangkitkan isu bekalan air ini dalam persidangan DUN lepas dan akan dipertimbangkan oleh kerajaan berdasarkan jawapan daripada Exco Pembangunan Luar Bandar, Ismail Ahmad.

''Untuk makluman, kampung itu memperoleh peruntukan RM1.545 juta untuk elektrik dan penyelesaian masalah bekalan air ini juga masih menjadi keutamaan pihak kita dulu BN," katanya.

Artikel Berkaitan: