Muhyiddin pengerusikan Mesyuarat MPT Bersatu malam ini

Muhyiddin tiba di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di Petaling Jaya bagi mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu malam ini.
Muhyiddin tiba di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di Petaling Jaya bagi mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu malam ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di sini jam 8.25 malam ini bagi mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Turut kelihatan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Difahamkan mesyuarat bermula kira-kira jam 9 malam.

Mesyuarat tersebut dilaporkan bagi meneruskan perbincangan mengenai isu politik semasa berlaku dalam negara susulan pertemuan pimpinan parti itu yang diadakan pada Isnin lalu.

Terdahulu, perkara itu disahkan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan ketika dihubungi Sinar Harian awal pagi Rabu.

"Petang kelmarin kita sudah mengadakan satu perbincangan mengenai isu politik semasa dan malam ini kita ada mesyuarat bagi menyambung perbincangan itu dengan lebih mendalam," katanya.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, perincian mengenai mesyuarat MPT Bersatu malam ini akan diumumkan menerusi kenyataan rasmi parti selepas mesyuarat atau selewat-lewatnya pada Khamis.

Antara perkara dijangka dibincangkan Bersatu ialah mengenai hubungan kerjasama dengan parti-parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum.

Artikel Berkaitan: