Selepas 4 hari hanyut banjir, mayat pelajar UMP ditemui

Selepas empat hari, mayat korban banjir di Pahang iaitu seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dihanyutkan arus deras di Sungai Puas dekat Kampung Gintong ditemui. Gambar kecil: Ukai Iskandar
Selepas empat hari, mayat korban banjir di Pahang iaitu seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dihanyutkan arus deras di Sungai Puas dekat Kampung Gintong ditemui. Gambar kecil: Ukai Iskandar
A
A
A

JERANTUT - [DIKEMASKINI] Selepas empat hari, mayat korban banjir di Pahang iaitu seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dihanyutkan arus deras di Sungai Puas dekat Kampung Gintong Ahad lalu ditemukan pada Rabu.

Mangsa, Ukai Iskandar, 23, dari Taman Perdana di sini ditemui dalam keadaan telungkup di sungai berkenaan oleh orang awam kira-kira jam 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, mayat pemuda tersebut ditemui kira-kira lima meter dari tempat kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa keluar dari tempat ditemui ke Jerantut Feri melalui Sungai Pahang dan akan dibawa ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 12 tengah hari tadi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam kejadian pada Ahad lalu, ayah mangsa yang juga kakitangan Pejabat Hutan Jerantut, Zulkarnain Hitam,58, ditemui lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika bersama tiga anak lelakinya termasuk mangsa mengharungi air menuju ke Kampung Sokti.

Sebelum sampai di tempat kejadian, kenderaan milik keluarga itu terpaksa diletakkan di Kampung Gintong ekoran jalan ke Kampung Sokti terputus.

Dua lagi adik mangsa, Umar Iskandar,15, dan Usyair Iskandar,13, pula diselamatkan penduduk kampung.

ARTIKEL BERKAITAN Korban pertama banjir Pahang: Bapa lemas, anak hilang

Artikel Berkaitan: