X

Kindly register in order to view this article
!

Lantik Ahmad Maslan bagi betulkan keadaan, kata Nazri

Nazri Aziz
A
A

SHAH ALAM - Tindakan melantik Datuk Ahmad Maslan sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu adalah bagi membetulkan keadaan.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, ia disebabkan secara tradisinya individu yang menjawat jawatan Setiausaha Agung BN adalah Setiausaha Agung UMNO.

“Daripada dulu pun kerana Pengerusi BN itu adalah Presiden UMNO dan Presiden UMNO memerlukan Setiausaha Agung UMNO untuk membantunya dari segi minit mesyuarat dan keputusan.

“Barulah betul. Saya fikir Setiausaha Agung UMNO dilantik sebagai Setiausaha Agung BN dan dia akan tahu semua (perkara) dalam BN,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Terdahulu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pelantikan Ahmad Maslan sebagai Setiausaha Agung BN menggantikan Tan Sri Annuar Musa.

Mohamed Nazri dalam masa yang sama enggan mengulas mengenai adakah pemecatan Annuar sebagai Setiausaha Agung BN disebabkan beliau dilihat cenderung kepada Perikatan Nasional (PN).

“Saya tak tahu, itu antara dia dengan Presiden,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Annuar tidak dipecat, tapi diganti, kata Ahmad


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!