BN lantik Ahmad Maslan Setiausaha Agung BN, ganti Annuar Musa

Annuar - Foto fail Bernama
Annuar - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan Datuk Ahmad Maslan sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional yang baharu menggantikan Tan Sri Annuar Musa.

Pelantikan itu berkuat kuasa serta merta.

Menurut portal berita tempatan, Ahmad Zahid mengumumkan keputusan tersebut dalam ucapan semasa perjumpaan khas dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Annuar pada Ahad dilapor berkata, beliau sanggup dipecat asalkan dapat mempertahankan 'muafakat' parti Melayu dan Islam dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalau nak pecat saya silakan...'

Tak setuju usul pecat Annuar

MT akan putuskan usul tolak kerjasama dengan Bersatu

Setiausaha Agung Muafakat Nasional itu turut menegaskan akan mempertahankan keputusan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menolak DAP dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

“Kalau nak pecat kerana itu silakan. Nak pertahan mereka yang nak bawa parti sokong DAP dan Anwar, silakan,” katanya di laman Facebooknya.

Terdahulu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh mengusulkan supaya Setiausaha Agung BN itu dipecat daripada parti itu.

Usul berkenaan dicadangkan oleh Ketua Pemuda UMNO Pasir Puteh, Muhammad Saifullah Ali semasa mesyuarat perwakilan pergerakan berkenaan pada Sabtu.

Menurutnya, parti perlu mengambil tindakan tegas dengan memecat keahlian Annuar selepas beliau dilihat menjadi tali barut dan jurucakap kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Biodata Ahmad Maslan