Lelaki maut kemalangan ketika elak basikal melintas

Anggota bomba cuba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kejadian kemalangan di Jalan Seelong 6, Kampung Baru Seelong, Senai pada Selasa. Gambar kanan: Keadaan mayat mangsa yang tersepit dalam kejadian kemalangan maut di Jalan Seelong 6, Kampung Baru Seelong, Senai pada Selasa.

A
A
A

KULAI - Seorang lelaki yang menunggang motosikal maut semasa mengelak sebuah basikal yang melintas sebelum merempuh sebuah kereta di Jalan Seelong 6, Kampung Baru Seelong, Senai di sini pada Selasa.

Dalam kejadian pada jam 7.47 pagi itu, mangsa Yong Joon Kee, 39, dikatakan cuba mengelak basikal yang melintas jalan sebelum melanggar bahagian sisi kanan sebuah kereta Proton Saga dari arah bertentangan.

Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai dibantu Fire Post Kempas dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Komander Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II Khidir Kamarudin berkata, mereka turut dibantu satu jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) dan satu jentera Fire Rescue Vehicle (FRV).

"Pemeriksaan mendapati lelaki yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Z250 itu sudah meninggal dunia di tempat kejadian dan disahkan pasukan paramedik yang hadir di lokasi kejadian.

"Sementara pemandu kereta berkenaan terselamat. Operasi tersebut tamat jam 8.51 pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan: