Banjir manifestasi kerakusan manusia

Musim tengkujuh di Malaysia sering menyebabkan berlaku banjir di beberapa buah negeri.
Musim tengkujuh di Malaysia sering menyebabkan berlaku banjir di beberapa buah negeri.
A
A
A

SEPERTI biasa musim tengkujuh di Malaysia sering menyebabkan berlaku banjir di beberapa buah negeri.

Selalunya negeri-negeri yang terlibat akan bertukar silih berganti.

Jika tidak di pantai timur, negeri sebelah utara seperti Perak dan Kedah akan mengalami situasi serupa.

Banjir besar juga berlaku di Pahang dan Johor seperti yang dialami sekarang. Itulah lumrah yang perlu kita tempuhi pada setiap tahun.

Bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan, sebenarnya bencana alam yang berlaku bukanlah kerana kebetulan atau takdir yang ditentukan.

Kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan adalah antara punca yang menyebabkan bencana alam menjadi lebih buruk dan mendatangkan kemusnahan besar.

Tanah runtuh dan banjir lumpur sering dikaitkan dengan kesan daripada kerakusan menjarah hasil hutan tanpa sebarang rasa tanggungjawab.

Justeru, nafsu serakah golongan kapitalis perlu dibendung untuk mengelak kejadian seperti itu daripada terus berulang pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

Kita perlu mengambil iktibar daripada seorang lelaki bernama Jadav Payeng yang berasal dari daerah Jorhat di wilayah Assam, India.

Beliau kini berusia 60 tahun dan tinggal di Pulau Majuli yang mengalami hakisan saban hari dan jangkaan masa 15 hingga 20 tahun akan melenyapkan pulau sungai tersebut.

Banjir yang kerap berlaku mempercepatkan lagi hakisan tanah di tersebut.

Jadav kemudiannya terkejut apabila mendapati ratusan ekor ular mati sungai serta pokok-pokok rosak akibat banjir pada tahun 1979.

Sejak itu, dia mula menanam pokok di pulau berkenaan.

Selepas 40 tahun, Jadav berjaya menanam pokok di kawasan seluas 1,300 hektar sehingga beliau digelar sebagai orang hutan dan diberikan anugerah tertinggi Padma Shri oleh pemerintah India.

Nilai yang ada pada Jadav memang cukup dikagumi dan perlu menjadi teladan kepada kita semua.