Penunggang motosikal maut langgar lubang

Warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar lubang di jalan menghala Midvalley awal pagi Ahad.
Warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar lubang di jalan menghala Midvalley awal pagi Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas setelah melanggar lubang di jalan menghala Midvalley awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, ketika kejadian mangsa berusia 75 tahun itu dipercayai menunggang motosikal seorang diri.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang dalam perjalanan dari arah Jalan Connaught menghala ke Midvalley terbabas sendiri selepas melanggar lubang di jalan berkenaan lalu terjatuh di atas jalan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Zulkefly berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa telah dibawa ke bilik forensik Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk tujuan bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: