Mayat terapung di Pantai Tanjung Balau

No Image Caption
A
A
A

KOTA TINGGI - Satu mayat dipercayai warga asing tanpa dokumen pengenalan diri ditemui oleh orang awam di kawasan berbatu Persisiran Pantai dekat Tanjung Balau, Desaru, di sini, kira-kira jam 5.15 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Ashmon Bajah berkata, bertindak atas maklumat yang diterima, pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dibantu oleh anggota dari Balai Polis Bandar Penawar bergerak ke tempat kejadian.

"Hasil siasatan keadaan simati berpakaian kemas dengan berkemeja tangan panjang berwarna biru, berseluar berwarna gelap, hanya berstokin dan memakai tali pinggang.

"Identiti simati tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri di tubuh badan simati dan di tempat kejadian.

"Pihak polis telah menyemak senarai penyewa Chalet Bayu Balau didapati tiada penyewa lelaki warga asing di Chalet berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Ashmon berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan jerutan dileher.

"Pihak polis masih lagi meneruskan siasatan bagi mengesan suspek yang terlibat dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang yang mempunyai maklumat atau mengenali individu berkenaan boleh hubungi Asisten Supritendan Fauzi Kamarudin di talian 07-883 1222 atau 019-652 9472 dari JSJ IPD Kota Tinggi atau mana-mana Balai Polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: