Tanah runtuh: KM63 dan 73 Jalan Kuantan-Segamat ditutup

Keadaan laluan yang rosak akibat kejadian tanah runtuh hingga terpaksa ditutup kepada semua kenderaan pada Jumaat untuk kerja-kerja pembaikkan.
Keadaan laluan yang rosak akibat kejadian tanah runtuh hingga terpaksa ditutup kepada semua kenderaan pada Jumaat untuk kerja-kerja pembaikkan.
A
A
A

PEKAN - Laluan Kuantan-Segamat di Kilometer 63 dan 73 ditutup kepada semua kenderaan akibat kejadian tanah runtuh, pada Jumaat.

Penutupan laluan dilakukan bagi kerja-kerja pembaikan dan pembersihan tanah oleh pihak syarikat pembinaan jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 10 pagi pada Jumaat dipercayai berpunca akibat hujan terlalu lebat dan aliran air deras turun dari bukit berhampiran.

Menurutnya, dalam kejadian itu, tiada kemalangan jiwa atau kenderaan terperangkap di lokasi tanah runtuh itu.

"Buat masa ini laluan Jalan Kuantan-Segamat di dua lokasi itu ditutup untuk semua kenderaan bagi kerja-kerja pembaikan.

"Orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan alternatif sementara untuk ke Segamat, Pekan dan Kuantan," katanya.

Tambah Mohd Razli, pengguna dari arah Segamat, laluan dilencongkan ke Jalan Leban Chondong (Muadzam Shah) untuk ke Rompin, Nenasi Pekan dan Kuantan.

"Pengguna dari arah Gambang dan Kuantan, laluan dilencongkan ke Jalan Pekan - Paloh Hinai - (Bandar Pekan) - Leban Chondong (Rompin) - Muadzam Shah - Segamat," katanya.

Artikel Berkaitan: