ALLAH tengah duga kau Fatiya: Tunku Hanis

Pelakon, Tunku Hanis
Pelakon, Tunku Hanis
A
A
A

PELAKON, Tunku Hanis menzahirkan sokongan terhadap sahabatnya yang juga merupakan seorang aktres sensasi, Fatiya Latiff.

Menurut Hanis, apa pun yang terjadi kepada kawan baiknya itu dia tetap sentiasa ada.

Baginya juga, apa yang dilalui Fatiya itu adalah sebahagian ujian dan dugaan kepada bintang tersebut.

"Susah senang sama-sama! No matter what happen i got your back! ALLAH tengah duga kau supaya kau tau DIA sayangkan kau dan itu je cara nak buat kau atau kita ingat DIA.

"Mana mungkin DIA tak tau hati budi kau, cuma perangai tu je sikit eh! TOLONG EH FATIYA! Haha!.

"Tak apa, kita manusia kena selalu belajar yang tak boleh nak ditegur tu yang susah!

"Bila manusia tegur sebab sayang tetapi dihina dicaci diumpat digosip diperli tak apa!,"coretnya di IG.

Hanis juga berkongsi bahawa dia kini lebih bersyukur dengan kehidupannya selepas mendapat teguran daripada Yang Maha Esa.

Artikel Berkaitan:

"DIA akan datangkan teguran dari DIA! Macam aku, selalu tak dengar cakap orang sekali DIA nak tegur, DIA betullll tegurrr habisss! Hahaha!

"Semakin i dewasa semakin diri ini mengagumi setiap inci kerja tuhan dan tiada yang benar melainkan yang benar iaitu hidup yang tiada ujian seumpama hidup tidak dipedulikkan tuhan!

"Orang yang sentiasa tenang dan sabar dalam setiap dugaan dengan hati yang benar-benar bersih pasti menang! Bye!," ujarnya.

Sementara itu, pelakon Raisha 2 ini sempat lagi mengusik sahabatnya.

"Korang hentam dia dengan puluhan batu pun @fatiyalatiff tetap sahabat saya!

"Dia pun nak potong pendek jugak! Hahaha! TAK KENA! Kau dengan grekkk kau perlu berpisah tiada eh! Lagi elok tutup je senang cerita!," katanya.