X

Kindly register in order to view this article
!

Syed Saddiq kota janji botak kepala

Ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz bertanggungjawab membotakkan kepala Ahli Parlimen Muar. - Sumber foto Astro Awani
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengotakan janji kepada rakyat Malaysia dengan membotakkan kepala selepas berjaya mencapai sasaran kempen #BotakChallenge.

Menerusi kempen tersebut, beliau menyasarkan untuk mengutip sumbangan membeli 100 buah komputer riba untuk penduduk Muar yang memerlukan.

Pengasas parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia) itu membotakkan kepalanya secara langsung di Astro Awani selepas berjaya mengumpul sebanyak RM383,000 dalam kempen yang dijalankan sejak 26 Disember lalu.

"Setakat jam 7 petang tadi, Alhamdulillah kita bukan hanya mencecah RM200,000 tetapi hampir dua kali ganda iaitu RM383,000.

"Terima kasih kerana membantu keluarga susah di Muar supaya kita dapat kurangkan jurang digital di Muar," katanya.

Sebelum ini Syed Saddiq melancarkan kempen tersebut bertujuan membantu pelajar yang kurang berkemampuan di Parlimen Muar untuk memiliki komputer riba bagi memudahkan sesi pembelajaran.

Kempen itu mendapat reaksi positif dan sambutan yang menggalakkan daripada warganet sejak dilancarkan pada Sabtu lepas.

Pada sesi membotakkan rambut hari ini, ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz merupakan individu yang dipertanggungjawabkan untuk membotakkan kepala anaknya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!