Dua pendaki terperangkap diselamatkan bomba

Pasukan bomba berjaya menemui pendaki tersebut (kanan).
Pasukan bomba berjaya menemui pendaki tersebut (kanan).
A
A
A

BALING - Dua pendaki terperangkap di puncak Gunung Baling akibat asap tebal berjaya diselamatkan pasukan bomba semalam.

Penolong Penguasa Bomba Ketua Balai Baling, Jamil Mat Daud berkata, dua mangsa dikesan berada di atas gunung tersebut ketika operasi memadam kebakaran sedang dijalankan.

Menurutnya, mangsa ditemui pasukan bomba jam 6.30 petang dan berjaya dibawa turun dengan selamat sebelah malam.

"Kita menerima maklumat berlakunya kebakaran pada 5.28 petang. Di awal operasi kita menerima info ada dua pendaki terperangkap di puncak. Asap tebal menghalang mereka untuk turun.

"Semalam kita fokus untuk selamatkan dua pendaki itu dan Alhamdulillah mereka berjaya diselamatkan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, dua mangsa berdepan risiko lemas dalam asap sekiranya bantuan lewat tiba.

"Buat waktu ini sebarang pendakian di Gunung Baling ditutup sementara waktu.

"Nasihat saya kepada pendaki supaya jangan lakukan pembakaran terbuka kerana musim kemarau mempercepatkan proses kebakaran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sebelum ini melaporkan 2.4 hektar kawasan Gunung Baling terbakar.