[INDIVIDU TAHUN 2020] Cikgu inspirasi global

Samuel Isaiah
Samuel Isaiah
A
A
A

Sinar Harian senaraikan 15 Individu Tahun 2020 di Malaysia.

- Samuel Isaiah, 33

Guru bahasa Inggeris Samuel Isaiah dari Sekolah Kebangsaan Runchang, Muadzam Shah, Pahang merupakan salah seorang daripada 10 finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020.

Mesra dipanggil Cikgu Sam, beliau dipilih daripada 12,000 pencalonan daripada lebih 140 negara untuk anugerah pengiktirafan guru yang menawarkan hadiah berjumlah AS$1 juta (RM4.16 juta).

Cikgu Sam yang juga penerima anugerah Guru Adiwira 2019 telah memperkenalkan pelbagai program untuk memberi inspirasi kepada murid-muridnya yang terdiri daripada orang asli agar dapat mencapai potensi terbaik.

Antara inisiatif Cikgu Sam termasuklah projek pertukaran emel, ‘Asli E-Pal’ di mana murid boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan sukarelawan yang lebih dewasa sama ada dari dalam dan luar negara.

Artikel Berkaitan: