Maut kereta terbalik di selekoh

Keadaan kereta mangsa yang terbabas dan terbalik di selekoh KM 21 Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada Selasa.
Keadaan kereta mangsa yang terbabas dan terbalik di selekoh KM 21 Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada Selasa.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang pemuda berusia 20 tahun maut dalam kemalangan apabila kereta dipandu terbabas dan terbalik di selekoh KM 21 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini pada Selasa.

Mangsa, Muhamad Asymawi Muhamad Albakri, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya penumpang hadapan, Mohamad Syazwan Mohamad Kamal,18, cedera ringan dan dirawat di Hospital Gua Musang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kejadian berlaku jam 8 pagi ketika kereta jenis Proton Wira dipandu mangsa dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang.

Katanya, semasa mengambil selekoh kiri di tempat kejadian di KM 21 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, kereta berkenaan hilang kawalan lalu terbabas sehingga ke jalan bertentangan dan merempuh tebing jalan hingga terbalik.

Keadaan kereta mangsa yang terbabas dan terbalik di selekoh KM 21 Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada Selasa.
Keadaan kereta mangsa yang terbabas dan terbalik di selekoh KM 21 Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada Selasa.

“Mangsa yang maut beralamat di Jalan Kenanga Felda Chiku, Gua Musang, Kelantan.

“Sementara mangsa yang cedera ringan beralamat di Felda Chiku 05, Gua Musang, Kelantan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Zamri berkata, mayat mangsa dibawa ke unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku akibat kereta yang dipandu mangsa terbabas ketika membelok di selekoh kiri di lokasi kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987,” katanya.