Bangsa Kedah contoh saja, jangan salah faham

Johari (tengah) turut hadir memeriahkan Pertandingan Bola Sepak anjuran Komuniti Masyarakat Tikam Batu di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya, Tikam Batu, hari ini.
Johari (tengah) turut hadir memeriahkan Pertandingan Bola Sepak anjuran Komuniti Masyarakat Tikam Batu di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya, Tikam Batu, hari ini.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Semua pihak diharapkan tidak salah faham kepada konsep bangsa Kedah kerana ia hanyalah sandaran supaya mencontohi konsep bangsa Johor yang diamalkan sejak sekian lama di negeri itu.

Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul berkata, fokus utama yang mahu ditekankan olehnya dalam kalangan rakyat Kedah adalah penyatuan masyarakat Kedah dapat membangun dengan baik dari segenap aspek.

“Saya sebut semalam bagaimana kita tengok contoh Johor, konsep acuan mereka tu mereka sanggup melaungkan perkataan bangsa Johor dan inilah yang patut kita ikut semangat nasionalisme yang akan menyatukan masyarakat di bawah tanpa ada pagar-pagar pemisah antara kita.

“Maksud saya bukan kita harus jadi nasionalis yang totok, orang kedah tak boleh kawan dengan orang Johor, Negeri Sembilan. Maksud saya penyatuan tu,” katanya ketika ditemui di Pertandingan Bola Sepak anjuran Komuniti Masyarakat Tikam Batu di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya, Tikam Batu, di sini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Cadang wujudkan bangsa Kedah]

Menurutnya, istilah tersebut hanya dijadikan contoh olehnya untuk menggambarkan perpaduan yang jitu dalam kalangan masyarakat yang boleh diwujudkan di negeri ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menegaskan tidak bersetuju mengenai kewujudan istilah bangsa Kedah seperti yang dicadangkan.

Menurutnya, perkataan bangsa Kedah juga tiada dalam sejarah negeri ini mahupun dinyatakan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah.

Artikel Berkaitan: