Gangguan bekalan air di Klang, Shah Alam dan Petaling

Kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air.
Kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengguna di beberapa kawasan sekitar Wilayah Klang/Shah Alam dan Petaling bakal berdepan gangguan bekalan air susulan daripada insiden paip utama pecah di Bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan pada Selasa memaklumkan 58 kawasan sekitar Klang/ Shah Alam dan 72 kawasan di Petaling akan berdepan gangguan berkenaan berikutan bekalan air terpaksa ditutup pada jam 1 petang ini bagi melancarkan kerja-kerja pembaikan paip itu.

Katanya, kerja-kerja berkenaan dijangka selesai sepenuhnya pada jam 9 malam hari yang sama.

Kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air.
Kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air.

"Bekalan air akan mula disalurkan ke premis pengguna selepas kerja pembaikan selesai. Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza bergantung kepada lokasi dan jarak premis," katanya.

Tambahnya, pengguna juga disaran menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan bekalan air ini dibuat.

"Pengguna juga disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan ini," katanya.